IPN JOURNAL

of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management

ISSN 2180-4508 / eISSN 2682-9347





Amalan dan Keperluan Pembentangan dan Pendedahan Penyata Kewangan bagi Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia
Vol. 10, No. 1, 2020, pp. 45 – 61

AUTHORS

: Norfaiezah Sawandi1 , Chek Derashid, Ku Nor lzah Ku lsmail, Fathiyyah Abu Bakar, Muhammad Syahir Abdul Wahab, Hasnah Shaari

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan dan keperluan pelaporan kewangan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di lima negeri di Malaysia. Kajian ini telah dilaksanakan dengan mengguna pakai pendekatan kajian kes. Dua kaedah pengumpulan data telah digunakan iaitu semakan dokumen dan temu bual separa berstruktur. Bagi kaedah pertama, penelitian ke atas Laporan Tahunan MAIN bagi tahun kewangan 2016 dan 2017 telah dibuat dengan membandingkan amalan semasa pelaporan dan pendedahan Penyata Kewangan MAIN dengan peruntukan dalam sembilan MPSAS yang berkaitan dengan pembentangan dan pendedahan. Kajian turut membuat semakan dan penelitian ke atas Enakmen dan Ordinan Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri yang di kaji. Ini diikuti dengan temu bual dengan empat belas orang responden yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penyediaan penyata kewangan MAIN. Selain daripada itu, sesi perundingan dengan pakar-pakar Syariah, Muamalat atau Ekonomi Islam, Undang-Undang dan Perakaunan/ Perakaunan Islam turut diadakan. Dari segi amalan semasa, tidak semua urus niaga atau item yang disentuh oleh sembilan MPSAS yang dikaji wujud di kesemua MAIN. Sementara itu, kajian mendapati kesemua MAIN menyediakan penyata kewangan berasingan dan disatukan serta membuat pendedahan kepentingan dalam entiti lain. Namun begitu, dapatan menunjukkan tiada MAIN yang membuat pendedahan maklumat kewangan tentang sektor am kerajaan dan pengaturan bersama. Seterusnya, kajian mengenal pasti keperluan piawaian perakaunan baharu yang boleh dijadikan garis panduan kepada MAIN dalam membangunkan Piawaian Perakaunan. Islam bagi Institusi Baitulmal, Zakat dan Wakaf (PPIIBZW) berkaitan aspek pembentangan dan pendedahan. Selain daripada itu, beberapa cadangan elemen penambahbaikan penyata kewangan MAIN turut dikemukakan. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak berkepentingan seperti MAIN dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dalam menyediakan kerangka kerja perakaunan dan piawai perakaunan yang sesuai bagi MAIN.

Kata kunci: Penyata Kewangan, Piawaian Perakaunan, Majlis Agama Islam Negeri, Kajian Kes, Malaysia

Abstract

This  study  examines  the  practice  and  inancial  reporting  requirements of  the  State  Islamic  Religious  Councils  (SIRCs)  of  ive  states  in  Malaysia using a case study approach. Two data collection methods are used, namely document  review  and  semi-structured  interviews.  Review  of  the  SIRCs’ annual   reports   for   the   inancial   years   2016   and   2017   is   made   by comparing   the   SIRCs’   current   practice   of   inancial   reporting   and disclosure with respect to nine MPSAS (Malaysian Public Sector Accounting Standards) related to the presentation and disclosure of inancial statements. In addition, this study reviews and examines the Enactments/Ordinance of the Administration of Muslim Religious Affairs of each state. This is followed by interviews with fourteen respondents who are directly or indirectly involved in  the  preparation  of  the  SIRCs’  inancial  statements.  Apart  from  that, consultation   sessions   with   experts   in   Shari’ah,   Muamalat   or   Islamic Economics, Law and Accounting/ Islamic Accounting have also been held. This study inds that not all transactions or items of the nine MPSAS exist in all SIRCs. However, all SIRCs prepare Separate and Consolidated Financial Statements.  They  also  prepare  Disclosure  of  Interests  in  Other  Entities. Nevertheless,   none   of   the   SIRCs   prepares   Disclosure   of   Financial Information    pertaining    to    General    Government    Sector    and    Joint Arrangements. After this, the study outlines the requirements of the proposed PPIIBZW that may be used as guidelines for the presentation and disclosure of  SIRCs’ inancial  statements.  In  conclusion,  this  study  proposes  certain recommendations aimed at improving the inancial statements of SIRCs. It is expected that the indings of the study could be able to assist relevant parties such as a SIRC and Accountant General’s Department of Malaysia in developing an accounting conceptual framework, as well as the accounting

standards that suit SIRC.

 

Keywords: Financial Statements, Accounting Standards, State Islamic Religious Council, Case Study, Malaysia