IPN JOURNAL






Regulations of Peranan Institusi-Institusi Islam Dalam Merealisasikan Keperluan Rahn Dan Qard Sebagai Pemacu Ekonomi Kebajikan Ummah Pada Masa Kini : Satu Pandangan Menurut Falsafah Ekonomi Islam 
Vol. 6, No. 1, 2016, pp. 57 – 72

AUTHORS

: Nasri Naiimi and Mohd Murshidi Mohd Noor

DOI

: https://doi.org/xxx

ABSTRACT

The purpose of this paper is to discuss and analyze through content analysis regarding the concept of rahn dan qard in the light of the Quran and Hadith. Indirectly, they are the essences of the main form of the philosophy in Islamic economics. Although this issue involves the question of Islamic law (Fiqh) indirectly, but the discussion was more focused on the realization of the philosophy which is parallel with the Islamic revelation. Reviews and discussion were based on the Quran and Hadith, which were scrutinized for that purpose. The study found that by virtue of the real revelation showed that rahn dan qard are more towards welfare and not for the sake of profit maximization in order to spur the welfare economic of the Muslim community. Charity in Islam is also means investment for the hereafter. This was explained by the division of the three main sectors in the Islamic economics system which comprises of several fundamental in Islamic muamalat specifically. Funds for this program is proposed from some surplus funds which are not intended for businesses where the investers are not targeting any specific return upon the investment. One ofit is the existing surpluses for the local Islamic house of treasuries (bait al-mal).

ABSTRAK

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membincangkan serta menganalisa secara analisa kandungan mengenai konsep rahn dan qard yang bertunjangkan al-Quran dan hadis. Secara tidak langsung, ia merupakan intipati utama yang membentuk falsafah ekonomi Islam. Walaupun isu ini melibatkan persoalan hukum fiqah secara tidak langsung, namun perbincangan adalah lebih tertumpu kepada merealisasikan falsafah tersebut menurut kehendak wahyu. Ulasan dan perbincangan berdasarkan al- Quran dan Hadis diteliti bagi maksud tersebut. Hasil kajian menurut kehendak sebenar wahyu mendapati rahn dan qard adalah bermatlamatkan kebajikan, bukannya bermatlamatkan pemaksimuman keuntungan demi untuk memacu ekonomi kebajikan masyarakat Islam. Kebajikan dalam Islam pula bererti pelaburan akhirat. Ini telah dijelaskan melalui pembahagian tiga sektor utama dalam sistem ekonomi Islam yang di dalamnya meliputi beberapa dasar-dasar muamalat Islam secara khusus. Dana bagi tujuan program ini adalah dicadangkan daripada sebahagian lebihan dana yang bukan bertujuan untuk perniagaan di mana pemodalnya mensasarkan pulangan tertentu daripada pelaburan tersebut. Salah satunya adalah daripada lebihan-lebihan yang terdapat di baitulmal- baitulmal tempatan.

 

Kata Kunci: Falsafah Ekonomi Islam, Dana Kebajikan Islam, Rahn, Qard, Institusi Pembiayaan Awam Islam, Baitulmal