ABSTRAK
Tujuan: Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penggunaan maklumat perakaunan akruan dalam empat aspek; iaitu pembangunan belanjawan, pengurusan liabiliti, pengurusan aset dan penzahiran akauntabiliti, di samping melihat impak penggunaan tersebut terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, “SDG”) berdasarkan Maqasid Syariah.
Rekabentuk Kajian: Kajian ini melibatkan kementerian dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan edaran soal selidik dalam talian menggunakan Google Form. Data kemudiannya dianalisa menggunakan statistik diskriptif dan inferensi.
Dapatan: Hasil kajian rintis mendapati semua pemboleh ubah yang digunakan mempunyai nilai Cronbach’s Alpha yang dapat diterima, iaitu antara 0.617-0.886. Berdasarkan nilai min, dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan maklumat perakaunan akruan berada pada tahap yang tinggi; iaitu dalam pengurusan liabiliti (4.18), pengurusan aset (4.13), penzahiran akauntabiliti (4.12) dan belanjawan (3.73). Malah, responden berpandangan elemen Maqasid Syariah (4.25), iaitu menjaga dan melindungi nyawa (alnasb), akal (al-aql), harta (al-mal), agama (ad-din) dan keturunan (al-nafs) dipersetujui melebihi Matlamat Pembangunan Lestari, “SDG” (4.13). Melihat kepada kumpulan responden kementerian dan PBT, mereka sependapat di mana secara statistik, tiada perbezaan yang signifikan.
Implikasi Kepada Praktis: Justeru, penandaarasan kementerian terhadap PBT dipercayai relevan namun perlu mengambilkira beberapa aspek seperti tadbir urus, perundangan dan penubuhan organisasi masing-masing. Hasil kajian ini mencadangkan pelaporan yang lebih komprehensif dengan rangka kerja pelaporan yang memetakan laporan korporat kepada SDG berdasarkan Maqasid Syariah. Kajian ini berhasrat untuk memantapkan peralihan kepada perakaunan akruan dalam landskap perakaunan sektor awam di Malaysia, di samping melihat impak amalan tersebut terhadap SDG seiring dengan prinsip Maqasid Syariah.
Kata Kunci: Penggunaan maklumat, perakaunan akruan, Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, “SDG”), Maqasid Syariah, kajian rintis.
ABSTRACT
Purpose: The study aims to examine the use of accrual accounting information from four aspects: budget development, liability management, asset management, and accountability discharge, and to examine its impact on Sustainable Development Goals (SDG) based on Maqasid Shariah.
Design: The study has involved ministries and local authorities (Pihak Berkuasa Tempatan, “PBT”), employing quantitative methodology. Questionnaires have been distributed online using Google Form. Data has been analysed using descriptive and inferential statistics.
Findings: The pilot study has found that all variables used had acceptable Cronbach’s Alpha values of 0.617-0.886. Based on the mean values, the results have shown a high level of utilisation of accrual accounting information in liability management (4.18), asset management (4.13), accountability discharge (4.12) and budgeting (3.73). Moreover, the respondents have shown higher agreement with the elements of Maqasid Shariah (4.25), i.e., the preservation of life (al-nafs), intellect (al-aql), wealth (al-mal), religion (ad-din) and lineage (al-nasab), compared to the Sustainable Development Goals (4.13). Further analysis by groups shows that the ministries and PBT were largely in agreement, as there were no significant differences.
Practical Implication: Therefore, the benchmarking of PBT to ministries is believed to be relevant, but must account for other aspects, such as governance, legislation and the establishment of their respective organisations. The study reveals that a comprehensive reporting, embodying framework towards SDG based on Maqasid Shariah is essential. Indeed, the study intends to boost the transition to accrual accounting within the public sector accounting landscape of Malaysia, in addition to observing the impact of such practice on the SDG in line with the principles of Maqasid Shariah.
Keywords: Use of information, accrual accounting, Sustainable Development Goals (SDG), Maqasid Shariah, pilot study