ABSTRAK
Para fuqaha’ dan pengkaji semasa telah mengiktiraf peranan manusia dan bukan manusia (non-human) dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah SWT dan menunaikan amanah sebagai entiti yang bertanggungjawab kepada manusia sejagat. Kebanyakan perbincangan di bawah korpus ilmu perundangan Islam mengatakan entiti yang merupakan organisasi yang dikelolakan oleh sekumpulan manusia (syahsiyyah iktibariyyah) ditubuhkan bagi menjalankan tanggungjawab serta amanah daripada Allah SWT yang tidak mampu dilaksanakan oleh seseorang individu secara efisien disamping kewujudannya secara mampan dalam tempoh masa yang panjang berbanding umur manusia. Persoalannya ialah adakah penubuhan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) memenuhi ciri dan konsep entiti yang telah dibahaskan oleh para fuqaha semasa dan silam. Sekiranya hipotesis kajian ini benar maka entiti MAIN adalah merupakan entiti perundangan yang mempunyai dhimmah terhad di mana segala kegiatan entiti MAIN adalah diikat oleh Enakmen pentadbiran agama Islam negeri serta akta yang bersangkutan dengan perundangan sivil di peringkat persekutuan. Justeru objektif kajian ini ialah mengkaji konsep dhimmah terhad menurut syarak terhadap operasi serta kegiatan muamalat MAIN secara umumnya dan implikasinya kepada amalan semasa perakaunan MAIN. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur dengan beberapa orang pakar rujuk yang terdiri daripada pengurusan tertinggi MAIN, jawatankuasa penasihat syariah institusi kewangan Islam serta jawatankuasa fatwa negeri. Hasil kajian mendapati konsep dhimmah terhad terpakai kepada MAIN. Justeru MAIN bagi setiap negeri di Malaysia perlu menjalankan tanggungjawab serta amanah dengan mematuhi piawaian perakaunan semasa yang telah ditetapkan oleh pihak pemerintah. lni selaras dengan kaedah fiqh iaitu tasarruf Imam al-manut bil maslahah iaitu segala kegiatan oleh MAIN adalah bertujuan menjaga kepentingan serta kemaslahatan umat Islam. Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dibincangkan dalam kajian ini.
Kata kunci: Entiti Perundangan, Dhimmah, Syahsiyyah Iktibariyyah, Amalan Perakaunan, Enakmen
ABSTRACT
The fuqaha and current scholars have recognised the role of human beings and jinn in fulilling their responsibilities as servants of the Almighty and their trusted responsibilities to the rest of mankind. Certain of discussion under the corpus of Islamic legal knowledge declare that an entity organised by a group of people (syahsiyyah iktibariyyah) is set up to shoulder the responsibilities and fulil the trusts from Almighty God that cannot be carried out eficiently by an individual due to its existence over a longer period of time than the average human age. The question is whether the establishment of a State Islamic Religious Council (MAIN) is in line with the characteristics and concept of entities that have been debated by current and previous fuqaha. If this study hypothesis is true, then a MAIN is a legal entity with limited dhimmah in which all its activities are bound by the State Islamic Religious Administration Enactment as well as other statutes relating to civil law at the federal level. The objective of this study is to analyse the concept of limited dhimmah in accordance with Islamic law on the operations and activities of a MAIN in general and its implications regarding current accounting practices by a MAIN. This study has used a qualitative method through semi-structured interviews with, a number of experts including the upper management of MAIN, Shari’ah advisory committees of Islamic inancial institutions and States Fatwa committees. The study has found that a limited concept of dhimmah applies to a MAIN. Therefore, the MAIN of each state in Malaysia must carry out its trusted and responsibilities in compliance with current accounting standards set by the government. This is in line with the iqh method of tasarruf al-Imam Manut bil-maslahah, which indicates that all activities conducted by the MAIN are aimed at safeguarding the interests and maslahat of Muslims. Several policy recommendation and implication are also discussed in this study.
Keywords: Legal Entity, Dhimmah, Sakhsiyyah I’tibariyyah, Accounting Practice, Enactment