ISSN 2180-4508 / eISSN 2682-9347

Perakaunan dan Pelaporan Aset Warisan, Aset Pertahanan dan Aset Infrastruktur Berasaskan Akruan

ABSTRAK

Selaras dengan kepentingan ketelusan dan akauntabiliti, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan reformasi kewangan di bawah Program Transformasi Ekonomi yang antaranya melibatkan peralihan daripada perakaunan asas tunai kepada asas akruan di peringkat Kerajaan Persekutuan mulai tahun 2015. Kajian ini memberi tumpuan kepada perakaunan asas akruan berkaitan aset warisan, aset pertahanan dan aset infrastruktur. Secara khusus, ia bertujuan untuk mencadangkan kaedah perakaunan dan pelaporan yang sesuai diaplikasikan oleh Kerajaan Malaysia selaras dengan peruntukan piawaian antarabangsa dan persekitaran tempatan serta menentukan setakat mana pindaan atau tambahan yang diperlukan ke atas akta dan pekeliling kewangan yang berkaitan. Bagi mencapai tujuan ini, amalan dan piawai perakaunan serta akta bagi negara-negara yang telah mengamalkan perakaunan asas akruan dalam sektor awam dikaji. Selain itu, pandangan pihak kementerian yang terlibat juga diambil kira. Dapatan kajian diharap boleh dijadikan garis panduan oleh pihak kerajaan untuk membangunkan piawaian perakaunan serta mengemaskini akta dan pekeliling kewangan sedia ada.

Kata kunci: Perakaunan asas akruan, aset warisan, aset pertahanan, aset infrastruktur

AUTHORS

No writers found.

DOI

Warning: Undefined array key 0 in /var/www/html/jurnal/public-html/jurnal.ipn.gov.my/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/acf/tags/acf-text.php on line 33

Warning: Undefined array key 1 in /var/www/html/jurnal/public-html/jurnal.ipn.gov.my/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/acf/tags/acf-text.php on line 33