Perakaunan Hasil Wakaf bagi Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia

By : Fathiyyah Abu Bakar, Ku Nor Izah Ku Ismail, Chek Derashid, Norfaiezah Sawandi Muhammad Syahir Abdul Wahab, Suhaimi Ishak
Abstract :

Wakaf memainkan peranan penting dalam memacu sosio-ekonomi masyarakat Islam kerana harta-harta wakaf boleh dimajukan dan dibangunkan untuk kemaslahatan awam. Kajian ini bertujuan untuk meneliti amalan perakaunan bagi wakaf di Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di lima buah negeri di Malaysia, dengan memberikan tumpuan kepada pengiktirafan hasil berkaitan dengan wakaf. Untuk tujuan tersebut, penelitian ke atas Laporan Tahunan MAIN bagi tahun kewangan 2016 telah dibuat. Ini diikuti dengan temu bual dengan dua belas orang responden yang terlibat secara langsung dengan pengurusan dan perakaunan wakaf di MAIN berkenaan. Temu bual ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan gambaran yang lebih jelas tentang amalan semasa perakaunan bagi hasil wakaf dan mengesahkan apa yang didedahkan di dalam penyata kewangan. Seterusnya, kajian ini akan memberikan beberapa cadangan berhubung dengan perakaunan hasil wakaf. Kajian ini mendapati tidak terdapat keseragaman dalam mengiktiraf, mengukur dan mendedahkan item-item berkaitan hasil wakaf. Diharapkan kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang berkepentingan, terutamanya MAIN yang mengurus dana wakaf di Malaysia, dan pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dalam membangunkan piawaian perakaunan yang bersesuaian bagi MAIN dalam mengakaunkan item-item berkaitan dengan hasil wakaf.

Keyword :
wakaf, perakaunan wakaf, kumpulan wang wakaf, hasil wakaf, Majlis Agama Islam Negeri.
DOI URL :