ISSN 2180-4508 / eISSN 2682-9347

Cadangan Pengolahan Perakaunan Berasaskan Syariah bagi Kutipan dan Agihan Zakat

ABSTRAK

Artikel ini mengutarakan cadangan pengolahan perakaunan berasaskan syariah bagi kutipan dan agihan zakat dari perspektif institusi zakat sebagai pemegang amanah. Cadangan ini mengambil kira amalan perakaunan semasa institusi zakat di Malaysia dalam mengakaunkan kutipan dan agihan zakat dan pandangan pakar dari aspek syariah berkaitan kutipan dan agihan zakat untuk diaplikasikan dalam pengolahan perakaunan. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan penyata kewangan dan perbincangan dengan pihak institusi zakat, kajian mendapati amalan semasa perakaunan bagi kutipan dan agihan zakat dalam kalangan institusi zakat yang dikaji tidak menunjukkan banyak perbezaan. Kesemua institusi zakat yang dikaji mengakaunkan kutipan zakat sebagai hasil apabila diterima dan agihan zakat sebagai belanja apabila pembayaran atau agihan kepada asnaf dilakukan. Lebihan kutipan zakat iaitu amaun yang masih belum diagihkan kepada asnaf pada sesuatu tempoh perakaunan diakaunkan sebagai ekuiti. Namun, berdasarkan dapatan daripada temu bual dengan kumpulan pakar fiqh, fokus harus diberikan bagi meneliti ketepatan amalan mengiktiraf kutipan zakat sebagai hasil, agihan zakat sebagai belanja dan lebihan kutipan zakat sebagai ekuiti dan sama ada amalan tersebut selari dengan tuntutan syarak. Selari dengan peranan institusi zakat sebagai pemegang amanah, adalah dicadangkan kutipan dan agihan zakat diiktiraf sebagai terimaan dan agihan dalam Penyata Penerimaan dan Agihan mengikut asas tunai. Manakala, lebihan kutipan zakat pada tahun semasa diiktiraf sebagai liabiliti. Cadangan ini juga bertujuan memastikan pelaporan maklumat zakat dalam penyata kewangan adalah tepat serta tidak mengelirukan masyarakat Islam sebagai pemegang taruh, selain dapat menzahirkan akauntabiliti institusi zakat sebagai pemegang amanah dengan lebih baik. Cadangan pengolahan perakaunan berasaskan syariah bagi kutipan dan agihan zakat ini boleh dijadikan panduan dalam membangunkan kerangka kerja konseptual pelaporan kewangan dan piawaian perakaunan patuh syariah khusus bagi institusi zakat di Malaysia.

Kata kunci: zakat, kutipan zakat, agihan zakat, perakaunan institusi zakat

ABSTRACT

This article proposes Syari’ah-based accounting treatment for collecting and distributing zakat from the perspective of a zakat institution as a trustee. The proposed accounting treatment considers the current practices of zakat institutions in Malaysia in accounting for the collection and distribution of zakat as well as the expert opinion on the Syari’ah aspects regarding the collection and distribution of zakat. Using the method of content analysis of financial statements and discussions with zakat institution officials, the study found that current accounting practices for collection and distribution among the zakat institutions studied did not show much difference. The zakat institutions account for the collection of zakat as revenue when received and the distribution of zakat as expenditure when payment or distribution to asnaf is made. The amount of zakat collection that has not yet been allocated to asnaf during a given accounting period is recognised as equity. However, based on the findings from interviews with a group of fiqh experts, focus should be given to examining the accuracy of the practice of recognising zakat collection as revenue, distribution of zakat as expense and excess of zakat collection as equity and whether the practice is in line with Islamic law or Syari’ah. In line with the zakat institution’s role as a trustee, it is proposed that the zakat collection and distribution be recognised as receipts and distributions and disclosed in the Statement of Receipts and Distributions on a cash basis. Meanwhile, excess zakat collection in the current year is recognised as a liability. The proposal also aims to ensure that the reporting of zakat information in the financial statements is accurate and does not mislead the Muslim community as stakeholders, in addition to better disclosing the zakat institution’s accountability as a trustee. The proposed Syari’ah-based accounting treatment for the collection and distribution of zakat can be a guide in developing a financial reporting conceptual framework and specific Syari’ah-compliant accounting standards for zakat institutions in Malaysia.


Keywords: zakat, collecting zakat, distributing zakat, accounting of zakat institutions

AUTHORS

No writers found.

DOI

Warning: Undefined array key 0 in /var/www/html/jurnal/public-html/jurnal.ipn.gov.my/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/acf/tags/acf-text.php on line 33

Warning: Undefined array key 1 in /var/www/html/jurnal/public-html/jurnal.ipn.gov.my/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/acf/tags/acf-text.php on line 33