Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membincangkan serta menganalisa secara analisa kandungan mengenai konsep rahn dan qard yang bertunjangkan al-Quran dan hadis. Secara tidak langsung, ia merupakan intipati utama yang membentuk falsafah ekonomi Islam. Walaupun isu ini melibatkan persoalan hukum fiqah secara tidak langsung, namun perbincangan adalah lebih tertumpu kepada merealisasikan falsafah tersebut menurut kehendak wahyu. Ulasan dan perbincangan berdasarkan al-Quran dan Hadis diteliti bagi maksud tersebut. Hasil kajian menurut kehendak sebenar wahyu mendapati rahn dan qard adalah bermatlamatkan kebajikan, bukannya bermatlamatkan pemaksimuman keuntungan demi untuk memacu ekonomi kebajikan masyarakat Islam. Kebajikan dalam Islam pula bererti pelaburan akhirat. Ini telah dijelaskan melalui pembahagian tiga sektor utama dalam sistem ekonomi Islam yang di dalamnya meliputi beberapa dasar-dasar muamalat Islam secara khusus. Dana bagi tujuan program ini adalah dicadangkan daripada sebahagian lebihan dana yang bukan bertujuan untuk perniagaan di mana pemodalnya mensasarkan pulangan tertentu daripada pelaburan tersebut. Salah satunya adalah daripada lebihan-lebihan yang terdapat di baitulmalbaitulmal tempatan.