Idea kelestarian telah muncul pada masa ini bertujuan untuk membendung implikasi ekonomi, sosial dan alam sekitar yang memberi kesan kepada kehidupan manusia. Keadaan ekonomi, sosial dan alam sekitar telah terjejas oleh sikap manusia sendiri yang hanya mengejar keuntungan peribadi tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada kesejahteraan hidup masyarakat. Idea kelestarian yang dikemukakan Laporan Brundtland menyatakan bahawa gabungan faktor kestabilan alam sekitar, sosial dan ekonomi menyumbang kepada kelestarian. Walau bagaimanapun, perbahasan tentang keberkesanan teori tersebut masih berterusan kerana kehidupan manusia masih lagi terjejas oleh isu kelestarian yang lama seperti pemanasan global, jurang kekayaan, kemiskinan, dan kebuluran. Kertas ini mengutarakan pendekatan kelestarian Islam sebagai alternatif yang memberi penekanan kepada faktor insaniah (manusia) yang mempunyai jiwa, akal dan fikiran dalam menangani permasalahan kelestarian ini. Perspektif Islam ini menggariskan peranan manusia yang bertanggungjawab dengan prinsip- prinsip berikut iaitu: i) adil (adl); ii) cemerlang (ihsan); iii) nilai sosial (arham); dan iv) tidak melakukan kerosakan (fasad) dalam menguruskan institusi negara. Berdasarkan prinsip-prinsip ini, manusia dapat menjaga sesebuah negara dengan berlaku adil, melaksanakan pengurusan yang cemerlang, menjaga kebajikan orang lain, dan tidak melakukan kerosakan agar dapat menjaga kelestarian negara pada masa akan datang.