Perakaunan bagi Pendapatan dan Agihan Zakat: Kajian ke atas Institusi Zakat di Utara Malaysia

By : Ku Nor Izah Ku Ismail, Chek Derashid, Fathiyyah Abu Bakar, Norfaiezah Sawandi, Muhammad Syahir Abdul Wahab, Suhaimi Ishak
Abstract :

Kertas ini meninjau bagaimana institusi zakat di Malaysia mengakaun pendapatan dan agihan zakat, serta mendedahkannya di dalam penyata kewangannya. Kajian tertumpu kepada tiga institusi zakat atau Majlis Agama Islam negeri (MAIN). Kajian ini menggunakan data yang diperolehi daripada dua sumber – Laporan Kewangan MAIN bagi tahun 2016 serta temu bual dengan akauntan mereka. Kajian ini mendapati bahawa amalan perakaunan dan pendedahan maklumat zakat bagi setiap MAIN adalah berbeza. Ini menunjukkan perlu adanya satu standard perakaunan yang boleh dijadikan garis panduan kepada institusi zakat dalam mengakaunkan pendapatan zakat serta agihannya. Dalam membentuk standard perakaunan bagi pendapatan dan agihan zakat, MPSAS 23 Hasil daripada Urus Niaga Bukan Pertukaran (Cukai dan Pindahan) boleh dijadikan asas kerana zakat juga merupakan pendapatan daripada urus niaga bukan pertukaran.

Keyword :
pendapatan zakat, perakaunan bagi zakat, pendedahan urus niaga zakat, standard perakaunan zakat, institusi zakat.
DOI URL :