Cash Economy dan Ketidakpatuhan Cukai di Kalangan PKS Sektor Pembinaan di Malaysia

By : Muhammad Aqbal Mashadi, Rosiati Ramli, Mohd. Rizal Palil, Romlah Jaffar
Abstract :

Persekitaran cukai di Malaysia masih berdepan dengan masalah ketidakpatuhan cukai, di mana isu ini tambah meruncing dengan wujudnya situasi yang melibatkan aktivit-aktivit ‘cash economy’, terutamanya di kalangan perniagaan kecil dan sederhana (PKS). Walaupun kajian berkaitan ketidakpatuhan cukai telah banyak dilakukan tetapi amat kurang perbincangan yang menyentuh bentuk atau keadaan yang bagaimana dimaksud sebagai tidak patuh cukai. Justeru kajian ini mengemukakan perincian bentuk-bentuk ketidakpatuhan cukai tersebut berdasarkan empat keadaan iaitu tidak daftar, tidak atau lewat hantar, tidak atau kurang lapor dan tidak atau lewat bayar. Istilah ‘cash economy’ masih baru dalam persekitaran cukai di Malaysia dan turut dikenali dengan istilah lain seperti ‘parallel, black, hidden, underground & shadow economy’. Literatur cukai merujuk cash economy sebagai aktiviti tidak patuh cukai di mana isu ini turut melibatkan kebanyakan negara di dunia termasuk Malaysia. Oleh itu, fokus kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti siapa pelaku cash economy di kalangan PKS di Malaysia, khususnya dari sektor pembinaan yang telah dikaitkan sebagai paling tinggi terlibat dengan ketidakpatuhan cukai. Hasik kajian ini mendapati bagi tahun 2013, sebanyak 44% dari sampel PKS sektor pembinaan telah melakukan ketidakpatuhan cukai, di mana 84% darinya adalah terlibat dengan aktiviti cash economy. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tindakan tidak mendaftar dan lewat atau tidak menghantar borang adalah yang paling dominan. Manakala jenis perniagaan kejuruteraan awam dan perniagaan besaiz mikro pula merupakan pelaku yang dominan melakukan kesalahan cukai di kalangan PKS sektor pembinaan Malaysia. Hasil kajian ini sangat relevan kepada pihak LHDNM dalam merangka strategi pematuhan cukai yang lebih berkesan dan pada masa yang sama memberikan nilai tambah kepada himpunan literatur cukai.

Keyword :
Ketidakpatuhan Cukai (daftar, hantar, lapor, dan bayar); Cash Economy; Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS); Sektor Pembinaan.
DOI URL :