Kerangka Konseptual Perakaunan: Islam atau Konvensional?

By : Zaleha Othman, Abdullah Haji Abdul Ghani, Nasri Naiimi, Rohami Shafie, Mohamad Sharofi Haji Ismail, Fathilatul Zakimi Abdul Hamid
Abstract :

Buat masa ini sistem perakaunan yang diamalkan di Malaysia dan kebanyakan negara lain adalah merujuk kepada kerangka konseptual (KK) konvensional. Di antara limitasi KK konvensional adalah ianya bermatlamatkan keuntungan sematamata. Tetapi di dalam agama Islam sesuatu KK hendaklah menjurus kepada keadilan sosial dan ekonomi yang bertauhidkan Allah. Disebabkan perbezaan matlamat tersebut, penulisan ini cuba untuk mengenengahkan pendapat dengan merujuk kepada Al-Quran, Sunnah Rasulullah dan penulisan-penulisan lalu tentang prinsip dan amalan perakaunan Islam yang perlu ada di dalam sesuatu KK. Ini adalah kerana KK akan menjadi rujukan dan panduan dalam pembentukan sesuatu standad perakaunan Islam. Diharapkan usaha awal penulisan ini, akan ditambah baik lagi untuk penyediaan KK perakaunan Islam yang akan datang, bermatlamatkan Tauhid kepada Allah.

Keyword :
Perakaunan Islam, Kerangka Konseptual, Perakaunan, Konvesional, Standad Perakaunan.
DOI URL :